Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah pun sedia mengumumkan pengenalan mata wang digital dinamakan Libra, selain dompet digital tersendiri dinamakan Novi.

Mata wang digital Libra ini telah diperkenalkan Facebook pada 2019 yang lepas, dengan sasaran awal pengenalan pada 2020. Namun, ia menghadapi cabaran apabila beberapa pihak tidak menyukai Facebook memasuki arena ini, sekaligus mengurangkan sokongan daripada rakan kerjasama awal.

Kini, selepas pelbagai penangguhan, Facebook diperkatakan bakal memperkenalkan mata wang digital Libra ini seawal Januari 2021 kelak.

Mata wang digital ini dijangka akan disandarkan kepada mata wang Dollar Amerika Syarikat. Dengan kapasiti dan populariti Facebook, mata wang ini dijangka akan menerima permintaan dan penggunaan tinggi, sekaligus mengalakkan lagi transaksi antara negara tanpa sebarang caj.

Facebook juga turut pernah menekankan sebelum ini berkenaan dengan badan disebalik mata wang digital ini yang beroperasi kendiri, dan terdiri daripada sejumlah pihak yang mengawalnya – sekaligus menidakkan monopoli dalam arena ini, atau membuatkan pengguna risau dengan masalah privasi dan sebagainya.

Dengan laporan awal ini, sama-sama kita nantikan pengenalan mata wang digital ini pada awal 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd