Cari @ Amanz

Ejen Ali merupakan salah satu siri animasi popular di Malaysia, dan turut telah sedia hadir dengan filem animasi pertama Ejen Ali pada 2019 yang lepas. Pada tahun ini, filem animasi Ejen Ali The Movie turut telah diterbitkan melalui Netflix bagi memudahkan ramai lagi orang menontonnya.

Menariknya, kini pembangun siri berkenaan turut telah mengacah pembangunan untuk filem kedua Ejen Ali.

Melalui perkongsian di laman sosial, skrip awal untuk Ejen Ali The Movie 2 diacah, dan diperlihatkan ia telah pun memasuki fasa draf kedua.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah filem ini akan ditayangkan kepada umum. Mungkinkah kita akan melihat filem animasi kedua Ejen Ali ini hadir dalam dua tiga tahun lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd