Cari @ Amanz

Pada hari ini, ramai yang melakukan pembelian secara atas-talian – apatah lagi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan masa kini. Apa pun, perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan pengguna tertipu atau tidak menerima barangan seperti yang mereka pesan.

Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melalui TheStar, sebanyak 1520 aduan berkaitan pembelian melalui media sosial telah dilaporkan sehingga November 2020 ini.

Kebanyakkan aduan melibatkan pembelian barangan elektronik, pakaian, jamm tangan dan juga aksesori wanita. Angka penipuan dijangka mungkin lebih tinggi kerana tidak semua yang hadir untuk melaporkannya, atau membiarkan begitu sahaja.

Hendaklah diambil perhatian yang mana pembelian melalui penjual di Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial lain tidak tertakluk kepada pulangan wang kembali, atau pengembalian barangan. Ia sering tertakluk kepada budi bicara penjual berkenaan ini sendiri.

Untuk lebih berhati-hati, mungkin anda boleh membeli melalui laman edagang seperti Lazada, Shopee dan lain-lain. Kebiasaannya, ia akan mempunyai polisi jualan tersendiri, dan lebih melindungi pengguna berbanding pembelian di media sosial.

Bagi anda yang membeli melalui media sosial, anda diminta lebih berhati-hati, mengesahkan identiti pengguna yang anda beli, dan boleh menyemak terlebih dahulu sama ada akaun pembeli itu pernah dilaporkan atau tidak melalui Semak Mule.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd