Cari @ Amanz

Pada hari ini, boleh dikatakan masih terdapat pengguna yang menggunakan pelayar web legasi Internet Explorer 11. Ia boleh dikatakan sebuah pelayar web lama yang tidak menyokong beberapa teknologi web baharu. Microsoft sendiri telah memperkenalkan alternatif pelayar web baharu mereka, dinamakan Microsoft Edge.

Dalam usaha untuk mengalakkan orang ramai berpindah ke pelayar web generasi terkini, sejumlah perkhidmatan telah mula menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11.

Kini, Microsoft sendiri mengambil langkah berkenaan dengan menamatkan sokongan Internet Explorer 11 – bermula dengan perkhidmatan Microsoft Teams.

Bagi pengguna yang ingin kekal menggunakan Microsoft Teams melalui pelayar web, anda diminta beralih ke Microsoft Edge atau pelayar web moden lain.

Microsoft juga akan menamatkan sokongan Microsoft 365 untuk Internet Explorer 11 pada 17 Ogos 2021 akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd