Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa penjejak objek pintar dipasaran, dan antara yang popular adalah Tile. Apa pun, dengan popularitinya, selain pengeluar peranti yang memperluaskan penawaran peranti dengan aksesori pintar, kini Samsung turut diperkatakan bakal memasuki arena penjejak objek pintar.

Penawaran Samsung mungkin dinamakan sebagai Galaxy Smart Tag, dan kini telah pun melepasi pengesahan di Indonesia. Pengguna boleh memasang penjejak objek pintar ini pada beberapa barangan seperti dompet, kuncii, beg, dan sebagainya – sekaligus memudahkan untuk mengesannya bila tersilap letak atau hilang.

Tile

Menggunakannya, ia kebiasaannya akan dihubungkan berasaskan Bluetooth, tetapi tidak mustahil kita melihat penambahan ciri lain seperti LTE dan GPS padanya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkannya. Selain Samsung, Apple turut dijangka akan memasuki arena sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd