Cari @ Amanz

Huawei Nova 7i adalah antara peranti dalam siri Nova 7 yang dilancarkan di Malaysia. Peranti ini tiba ke pasaran Malaysia pada bulan Februari lalu dengan tanda harga RM1099. Ia dijana dengan cip Kirin 810, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, kamera 48MP dan skrin 6.4-inci. Peranti ini kini ditawarkan pada harga bermula RM899.

Selepas beberapa bulan, Nova 7 SE yang lebih berkuasa pula tiba ke pasaran tempatan, iaitu pada bulan Jun lalu. Peranti ini pula dijana dengan Kirin 820, skrin 6.5-inci, memori 8 GB RAM, storan dalaman 128GB, kamera 64MP dan pengecasan pantas 40W. Peranti pada awal pelancaran dijual pada harga RM1499. Terkini ia ditawarkan pada harga RM1,299.

Harga ini dilihat akan kekal sebegini bermula hari ini, iaitu 1 Disember 2020. Bagi yang sudah lama ingin memiliki peranti ini, anda kini boleh dapatkannya pada harga yang lebih rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd