Carian
Siri Lenovo Lemon K12 Bakal Dilancarkan Pada 9 Disember 2020
December 1, 2020 Amy Maizuraa

Lenovo China hari ini telah memuat naik satu poster acah menerusi laman Weibo yang mengesahkan sebuah acara pelancaran akan diadakan pada 9 Disember ini. Mereka dikatakan bakal memperkenalkan siri Lenovo Lemon K12 pada acara berkenaan.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti. Namun mengikut spekulasi awal, ia mungkin akan menjadi pencabar kepada Redmi Note 9 4G. Menurut sumber juga, ia dipercayai menggunakan pemproses dan kapasiti bateri yang sama dengan peranti berkenaan. Sistem tri-kamera dan juga paparan hadapan berlubang mungkin digunakan pada peranti ini.

Kalau anda perasan, sebelum ini Lenovo pernah mengacah rekaan peranti dengan sistem tri-kamera dan skrin berlubang. Ia bagaimanapun, belum dapat dipastikan mengenai nama modelnya. Jadi, adakah ia berkait rapat dengan peranti yang bakal dilancarkan kelak? Sama-sama kita nantikan dan kekal dengan kami di Amanz untuk maklumat lebih lanjut.

Komen