Carian
Mac Mini M1 Terbaharu – Direka Apple Di California, Dibuat di Malaysia
December 2, 2020 Aman

Apple telah pun memperkenalkan Mac Mini terbaru mereka berasaskan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh Apple, iaitu Apple M1.

Menariknya adalah dimana kini ia dilihat (melalui LowyatNET) sebahagian daripada Mac Mini M1 terbaru berkenaan dihasilkan di Malaysia. Ia dilihat terdapat beberapa yang dihasilkan dari China, dan terdapat juga yang dihasilkan dari Malaysia. Ia tidak diketahui lagi sama ada pasaran tempatan akan menerima model hasilan China atau Malaysia.

Mac Mini M1 yang terbaru ini menggunakan cip pemprosesan berasaskan ARM, sekaligus menawarkan penjimatan tenaga, serta operasi yang lebih senyap. Apple turut mengatakan ia hadir dengan kuasa CPU sehingga 3x lebih berkuasa, disamping grafik 6x lebih pantas.

Di Malaysia, Mac Mini baru ini disenaraikan pada harga bermula RM2999. Namun, tarikh jualan untuknya masih tidak diketahui lagi.

Komen