Apple Turut Memperkenalkan Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1, Harga Bermula RM2999

Apple Turut Memperkenalkan Mac Mini Berasaskan Cip Apple M1, Harga Bermula RM2999

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Selain pengenalan komputer MacBook Air berasaskan cip Apple M1, pihak Apple juga turut memperkenalkan satu lagi produk terbaru berasaskan cip pemprosesan sama, iaitu Mac Mini.

Apple Mac Mini terbaru yang diperkenalkan ini dilengkapi cip Apple M1 terbaru, sekaligus menawarkan prestasi CPU dan GPU yang baik, disamping pada masa yang sama menggunakan tenaga lebih efisien.

Mac Mini hadir dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM, dan storan 2TB SSD, disamping menyokong paparan 6K melaluinya. Mac Mini terbaru ini juga turut dilengkapi sambungan HDMI, dan WiFi 6, selain sokongan USB 4.

Apple turut mengatakan ia kini lebih 60% efisien dari segi penggunaan tenaga berbanding sebelum ini.

Untuk pasaran tempatan, Mac Mini terbaru ini boleh didapati pada harga bermula RM2999.



Paling Popular