Cip Qualcomm Snapdragon 888 telah diumumkan sebentar tadi di acara Snapdrgon Summit 2020 yang dilakukan secara atas talian. Dengan cip ini, Qualcomm melangkau terus angka 875 dalam penamaan produk mereka. Walaupun 13 pengeluar mengumumkan mereka akan menggunakan cip ini, peranti pertama yang akan dipasarkan dengannya ialah Xiaomi Mi 11.

Ini disahkan menerusi ciapan rasmi akaun Xiaomi. Tarikh pelancaran peranti mercu ini masih lagi belum diketahui tetapi pastinya pada awal 2021. Snapdragon 888 menggantikan Snapdragon 865 sebagai cip untuk kegunaan peranti kelas mercu. Ia menyokong rangkaian 5G sub 6 GHz serta mmwave dan peningkatan grafik sehingga 35% berbanding Snapdragon 865.