Carian
Facebook Menjenamakan Semula Nama Mata Wang Digital Dari Libra Ke Diem
December 2, 2020 Aman

Facebook sebelum ini telah hadir dengan sokongan untuk pembangunan mata wang digital tersendiri, dinamakan Libra. Kini, mata wang digital yang masih belum dilancarkan lagi itu telah dijenamakan semula kepada Diem.

Diem disertai oleh beberapa organisasi dalam menyokong pembangunan mata wang digital berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Libra telah diumumkan oleh Facebook pada 2019 yang lepas. Namun, ia menerima kritikan ramai, termasuk mengatakan mengganggu sistem kewangan, serta membawa kepada kesalahan penggunaan mata wang.

Facebook Libra

Diem ini hanyalah penjenamaan semula, dalam usaha mengelak perspektif tersebut. Diem akan disandarkan kepada mata wang Dollar.

Dengan pengenalan mata wang digital ini kelak, ia akan memudahkan lagi proses penghantaran wang antara negara, selain menggunakannya dalam urusan jual-beli secara digital.

Facebook masih tidak mengumumkan tarikh pelancarannya. Mengikut desas-desus sebelum ini, Facebook dijangka memperkenalkannya sekitar Januari 2021 kelak.

Komen