Cari @ Amanz

Hanya minggu lalu pengumuman penutupan teleskop radio Arecibo diumumkan kerana kerosakan struktur yang kritikal ditemui. Awal pagi ini apa yang diramalkan akhirnya berlaku apabila platform instrumen seberat 900 tan jatuh ke dalam kubah mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Kubah yang musnah – National Science Foundation

Kabel yang mengapung platform instrumen terputus mengakibatkannya jatuh pada ketinggian hampir 152 meter. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi kubah parabola Arecibo dilaporkan musnah. Tahun ini kubah mengalami dua kerosakan selepa kabel platform yang terputus. Keputusan menutup Arecibo diambil selepas jurutera menemui pelbagai kerosakan struktur yang serius menyebabkan proses membaikpulih adalah berbahaya.

Semasa memulakan operasi 57 tahun lalu, Arecibo adalah teleskop radio terbesar dunia dengan parabola sebesar 305 meter. Ia menjadi terkenal di seluruh dunia selepas menjadi set penggambaran filem Contact dan James Bond Goldeneye. Araecibo dibangunkan untuk membolehkan bumi memancarkan isyarat radio kepada makhluk asing di bawah program SETI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd