S-Pen Mungkin Dijual Berasingan Untuk Peranti Boleh-Lipat Samsung Pada Tahun 2021

S-Pen Mungkin Dijual Berasingan Untuk Peranti Boleh-Lipat Samsung Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Dis 2, 2020 oleh .

Samsung dikatakan tidak lagi akan melancarkan peranti Galaxy Note pada tahun hadapan. Galaxy Note20 mungkin adalah versi yang terakhir dalam siri ini. Bermula tahun hadapan, Galaxy S akan menjadi peranti mercu utama dengan sokongan S-Pen dan S-Pen itu akan hadir bersama-sama dengannya.

Selain itu, Samsung turut dilaporkan akan hadir dengan peranti boleh-lipat yang menyokong S-Pen. Laporan minggu lepas menyatakan S-Pen mungkin akan hadir secara terbina pada Galaxy Z Fold. Tetapi menurut Reuters, S-Pen untuk peranti boleh-lipat Samsung akan dijual secara berasingan. Ini mungkin hanyalah ciri tambahan yang menyokong pada peranti boleh-lipat dan bagi yang ingin menggunakan S-Pen, mereka boleh membelinya secara berasingan.

Berita ini masih mengelirukan, tidak pasti tahun hadapan akan ada atau tidak Galaxy Note lagi? Ada yang melaporkan tahun 2021 adalah tahun akhir untuk Galaxy Note diperkenalkan dan ada juga menyatakan Galaxy Note20 adalah yang terakhir. Samsung dilihat ingin memfokuskan kepada peranti boleh-lipat mereka dan peranti seperti Galaxy Z akan menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kejutan dari Samsung pada tahun hadapan.



Paling Popular