Cari @ Amanz

Tesco merupakan salah satu pasaraya yang kini agak aktif dalam memperluaskan penawaran mereka kepada arena digital. Selain bekerjasama dengan FoodPanda, kini Tesco turut memperluaskan penawaran produk mereka di Shopee.

Pengguna di Malaysia kini boleh mengakses kepada lebih 3000 produk di Shopee yang ditawarkan oleh Tesco. Dengan penawaran melalui Shopee, selain membolehkan Tesco menawarkan produk untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ia juga membolehkan Tesco menawarkan produk mereka ke Sabah dan Sarawak walaupun tiada cawangan di sana.

Tesco juga turut menawarkan sejumlah produk elektronik melalui laman jualan mereka di Shopee – termasuk seperti Microsoft Surface Go 2, Galaxy Fold, dan sebagainya. Selari dengan pengumuman ini, Tesco turut mengatakan mereka akan menawarkan diskaun menjelang 12.12 ini untuk beberapa produk keluaran mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd