Carian
Realme Race Mungkin Hadir Dengan Rekaan Kamera Belakang Membulat
December 2, 2020 Amy Maizuraa

Selepas mengubah rekaan pada modul kamera menerusi siri Realme 7 sebelum ini. Jenama ini dilihat mempunyai rancangan yang sama untuk peranti akan datang mereka. Kali ini, Realme dilihat akan menggunakan rekaan kamera membulat pula.

Biarpun belum ada kepastian, namun ura-ura mengatakan peranti berkenaan mungkin dikenali sebagai Realme Race. Bagaimanapun, jika diperhatikan dengan teliri pada imej yang dikongsi. Ia memperlihatkan peranti ini hadir dengan rekaan yang diinspirasi daripada Oppo Ace2 – kamera belakang membulat dengan sistem kuad-kamera utama. Sususan lensa dan kedudukan untuk LED Flash juga sama sahaja. Cuma bezanya, terdapat penjenamaan Realme pada bahagian bawah. Seterusnya, ia juga dilihat hadir dengan sisi melengkung.

Dalam pada itu, sejumlah spesifikasi utama peranti turut tertiris. Di mana, ia dipercayai dilengkapi RAM sebesar 12GB, cip Snapdragon 888 dan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Bagaimanapun, boleh dikatakan mungkin terlalu awal untuk merungkai mengenainya buat masa ini. Tapi, apa pendapat anda mengenainya?

Komen