Cari @ Amanz

Selepas berdekad lamanya dorman, keinginan manusia untuk membina penempatan kekal di bulan kembali membuak. Bermula dengan Misi Artemis I tahun hadapan, pelbagai misi akan dilakukan sebagai persediaan untuk mengembalikan manusia ke permukaan bulan. Awal pagi tadi, China mengumumkan kejayaan proba Chang’e-5 mereka selepas dilancarkan pada penghujung November lalu.

Chang’e-5 akan mengumpul 2 kilogram sampel dari permukaan bulan yang kemudiannya akan dihantar semula ke bumi untuk dianalisa. Selain batuan di permukaan, Chang’e-5 turut akan menggerudi sehingga 2 meter untuk membantu ahli saintis memahami sejarah geologi bulan.

Ketika artikel ditulis, ia sudahpun selesai melakukan misi mengumpul sampel sekitar jam 5 pagi. Ia kini menanti masa yang tepat untuk kembali ke bumi menjelang penghujung Disember.

Proba ini mendarat di kawasan Oceanus Procellarum (Lautan Ribut) yang terletak di kawasan bulan hampir tidak jauh dari tempat pendarat misi Apollo NASA dan Luna Russia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd