Cari @ Amanz

Selepas diumumkan semalam, spesifikasi Snapdragon 888 yang lengkap akhirnya dikongsi oleh Qualcomm pada hari kedua Snapdragon Summit 2020.

Snapdragon 888 masih dilengkapi lapan teras cip dan dihasilkan menerusi teknologi 5nm. Lapan teras digunakan dengan konfigurasi 1+3+4 sama seperti Snapdragon 855. Ia terdiri daripada satu teras 2.84 GHz Kryo 680, tiga teras 2.4 GHz Cortex-A78 dan empat teras 1.8GHz Cortex A55. Kryo 680 ialah cip custom yang berasaskan Cortex-X1.

Menurut Qualcomm, Snapdragon 888 membawakan penjimatan kuasa sehingga 25% lebih baik berbanding Snapdragon 865 tetapi masih 25% lebih berkuasa dalam kemampuan memproses. Ini adalah peningkatan yang sama seperti yang berlaku di antara Snapdragon 865 dan Snapdragon 855 tahun lalu.

Pada waktu yang sama ia dipadankan pula dengan GPU baharu Adreno 660 yang juga 35% lebih berkuasa berbanding Adreno 650 pada Snapdragon 865 tetapi menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 25%. Dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming. peranti boleh menyokong grafik yang dikatakan setanding desktop. Paparan skrin HDR 10-bit dengan kadar segar semula 144Hz pada resolusi QHD+ juga boleh dilakukan untuk menikmati pengalaman permua yang lebih lancar.

Dengan penggunaan cip ISP Qualcomm Spectra 580 pula, tri-kamera sehingga 28 MP disokong dengan kemampuan merakam gambar HDR 10+ sehingga 2.7 Gigapixel sesaat, video 8K 30 FPS, 4K 120FPSrakaman video HDR 10-bit HEIF/HLG,HDR10, HDR10+/Dolby Vision. Ia ISP pertama dari Qualcomm yang berfungsi secara tiga serangkai untuk kemampuan fotografi yang memerlukan pasca-proses yang tinggi seperti yang diperlukan oleh pasaran.

Sebanyak 120 gambar sebesar 12MP dapat diambil dalam masa sesaat. Dengan tri-ISP juga, setiap ISP boleh dikerah untuk digunakan untuk lensa sudut lebar, sudut ultra lebar dan telefoto. Dengan ini menukar antara lensa dapat dilakukan sekelip mata tanpa perlu menanti. Rakaman gambar 28MP serentak pada tri-kamera atau tiga video 4K secara serentak turut boleh dilakukan.

Kemampuan kecerdasan buatan Qualcomm AI Engine generasi keenam pula meningkat hampir dua kali ganda ke 26 TOPS berbanding Snapdragon 865. Dengan kemampuan kecerdasan dalam peranti yang lebih berkuasa, pembantu maya dan sistem pengecaman gambar yang telah disunting juga dapat dilakukan oleh Snapdragon 888 secara terbina.

Pemproses Snapdragon 888 telah dipadankan dengan modem X60 5G yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 7.5 GBps. Akhir sekali terdapat sokongan WiFi 6, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, codec audio aptX Adaptive dan Qualcomm TrueWireless Stereo Plus.

Seperti kami laporkan semalam Xiaomi Mi 11 akan menjadi peranti pertama yang menggunakan Snapdragon 888 dengan pengeluar lain seperti Realme, ZTE dan Oppo turut telah mendedahkan perancangan peranti mercu mereka tahun hadapan dengan cip yang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd