Carian
Samsung Mula Memperlihatkan Jadual Kemaskini One UI 3.0 Android 11 Untuk Pengguna Global
December 3, 2020 Fahim Zahar

One UI 3.0 adalah sistem operasi serba baharu dari Samsung. Generasi ketiga ini dibina berasaskan sistem operasi Android yang terkini, iaitu Android 11. One UI 3.0 hadir dengan antaramuka baharu untuk notifikasi, organisasi notifikasi mengikut kepentingan, Good Lock untuk peranti boleh-lipat dan pengguna S-Pen, panggilan video AR Emoji dan banyak lagi. Ia mula diperkenalkan pada bulan lepas, tetapi hanya segelintir peranti sahaja dapat mencubanya di lokasi yang terhad.

Terkini, selepas sebulan – Samsung mula memperlihatkan tarikh pengedaran kemaskini One UI 3.0 untuk pengguna global. Tiada tarikh tepat, tetapi hanya bulan-bulan yang ia bakal mula diedarkan. Tarikh ini juga dilihat memfokuskan pengguna di Mesir. Di Mesir, peranti Samsung yang dijual juga adalah versi Exynos – jadi kita boleh berharap ini adalah bulan di mana pengguna Malaysia juga boleh menerima kemaskini ini.

Berikut adalah jadualnya;

Disember 2020

  • Galaxy S20
  • Galaxy S20+
  • Galaxy S20 Ultra

Januari 2021

  • Galaxy Note 10
  • Galaxy Note 10+
  • Galaxy Note20
  • Galaxy Note20 Ultra
  • Galaxy S10
  • Galaxy S10+
  • Galaxy S10 Lite
  • Galaxy Z Fold2
  • Galaxy Z Flip

Februari 2021

  • Galaxy Fold

Mac 2021

  • Galaxy A51
  • Galaxy M21
  • Galaxy M30s
  • Galaxy M31
  • Galaxy Note 10 Lite
  • Galaxy Tab S7

April 2021

  • Galaxy A50
  • Galaxy M51

Mei 2021

  • Galaxy A21s
  • Galaxy A31
  • Galaxy A70
  • Galaxy A71
  • Galaxy A80
  • Galaxy Tab S6
  • Galaxy Tab S6 Lite

Jun 2021

  • Galaxy A01
  • Galaxy A01 Core
  • Galaxy A11
  • Galaxy M11
  • Galaxy Tab A

Julai 2021

  • Galaxy A30
  • Galaxy Tab S5e

Ogos 2021

  • Galaxy A10
  • Galaxy A10s
  • Galaxy A20
  • Galaxy A20s
  • Galaxy A30s
  • Galaxy Tab A 10.1
  • Galaxy Tab Active Pro

Berdasarkan jadual, siri Galaxy S20 dilihat akan menerimanya terlebih dahulu, diikuti dengan siri Galaxy Note 10/20, kemudian Galaxy S10, siri Galaxy Z kedua, Galaxy Fold dan barulah peranti-peranti lama lain atau peranti kelas pertengahan.

Senarai peranti mercu seperti Galaxy S9 atau peranti-peranti di tahun yang sama tidak disenaraikan. Jadi tidak pasti jika Samsung terus melupakan peranti tersebut atau akan menerimanya lebih lewat lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen