Rekaan Siri Oppo Reno5 Diperlihatkan Dengan Sokongan Kuad-Kamera Utama

Diterbitkan pada Dis 3, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rasanya, baru sahaja kami berkongsi mengenai tarikh pelancaran untuk siri Oppo Reno5 dalam artikel yang lepas. Kini, Oppo Reno5 5G dan Oppo Reno5 Pro 5G dikatakan telah tersenarai di kedai atas talian di China, JD.Com.

Oppo Reno5 5G

Melaluinya, kita dapat lihat kemasan yang digunakan nampak lebih segar dan moden. Dalam erti kata lain, tampil unik serta menyerlah. Turut kelihatan, kedua-duanya menggunakan sistem kuad-kamera utama yang disusun dalam modul kamera berbentuk segi empat.

Seterusnya, panel hadapan yang digunakan pula adalah jenis berlubang. Tetapi, jika diteliti dengan baik. Terdapat sedikit perbezaan pada panel hadapan ini. Di mana, Reno5 5G mempunyai skrin jenis rata. Sementara, Reno5 Pro 5G pula menggunakan skrin melengkung.

Oppo Reno5 Pro 5G

Buat masa ini tidak banyak maklumat spesifikasi yang disenaraikan. Ia hanya mengesahkan kedua-duanya akan dilengkapi RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 256GB, sensor utama 64-Megapixel, pengecasan pantas 65W dan rangkaian 5G terbina. Untuk lebih lanjut, semuanya bakal terjawab pada 10 Disember ini.

Dalam perkembangan berbeza, peranti ini juga dipercayai telah diperlihatkan dalam video ringkas berdurasi 30 saat. Video tersebut adalah seperti yang kami sertakan di bawah ini dan apa pendapat anda pula mengenainya?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami