Robot Gundam Pada Skala Saiz Sebenar Diperkenalkan Di Jepun

Robot Gundam Pada Skala Saiz Sebenar Diperkenalkan Di Jepun

Diterbitkan pada Dis 3, 2020 oleh .

Gundam merupakan salah satu siri animasi memfokuskan robot yang popular. Selain popular dengan siri animasi, pada tahun 2014 yang lepas, perancangan untuk membangunkan robot Gundam pada skala saiz sebenar telah diumumkan.

Kini, akhirnya selang beberapa tahun, robot berkenaan telah pun selesai dibina, dan diperkenalkan secara rasminya.

Robot Gundam ini adalah setinggi 18 meter. Robot pada skala sebenar sedia dibangunkan sebelum ini, tetapi orang ramai inginkan sebuah robot Gundam yang bergerak. Melalui penawaran terbaru ini, ia membawa kepada sebuah robot yang boleh bergerak – walaupun masih terikat pada bahagian belakangnya.

Orang ramai juga kelak boleh pergi melawatnya, dan melihat robot berskala sebenar ini dari dekat.

Bagi anda yang berhasrat ke Jepun selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat, mungkin boleh pergi melihat robot Gundam ini.



Paling Popular