Seperti kebanyakan telefon pintar, OnePlus mempunyai pelancar permua mereka tersendiri yang diberi nama OnePlus Game Space. Ia merupakan aplikasi yang mengumpul semua permua dalam perani. Melaluinya, pengguna boleh mengaktifkan mod permua seperti Fnatic untuk menambah prestasi, meningkatkan kelajuan rangkaian Internet, mengurangkan penggunaan RAM dan banyak lagi.

Terkini, OnePlus Game Space telah dijenamakan semula ke OnePlus Games. Bukan itu sahaja, OnePlus Games turut hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi baharu. Antaranya adalah statistik dan data permua kini dipaparkan, seperti jumlah jam bermain, permua yang paling kerap dimainkan, perakam skrin, sokongan tetingkap terapung dan juga ada sistem anti-tersentuh ketika panggilan telefon atau notifikasi.

Sebelum ini, OnePlus Games telah dikemaskini dengan rekaan seakan One UI. Kini, ia kelihatan lebih mirip dengan Samsung Game Launcher. Tema warna, susunan grafik dan banyak lagi amat mirip dengan One UI. Pengguna di India sahaja, turut mempunyai ruangan khas yang memaparkan video berkaitan dengan sesuatu permua – agar mudah pemain untuk rujuk tutorial dan lain-lain.