Ravn X ialah Dron Yang Digunakan Untuk Melancarkan Satelit Ke Angkasa Lepas

Ravn X ialah Dron Yang Digunakan Untuk Melancarkan Satelit Ke Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Syarikat tunas rintis Virgin Galactic dan Stratolaunch ingin menawarkan perkhidmatan melancarkan satelit ke angkasa lepas. Tetapi Aevum, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat ingin turut melakukan perkara yang sama cuma dengan menggunakan dron.

Dron Ravn X mereka dikatakan adalah yang terbesar di dunia. Ia boleh membawa sebuah satelit yang kemudiannya dilancarkan ke orbit tanpa memerlukan juruterbang manusia. Ravn X sepanjang 24 meter dengan sayap sebesar 18 meter ini terbang dan mendarat secara automatik. Pagi tadi buat pertama kalinya Ravn X akhirnya diperlihatkan kepada umum.

Menurut Aevum, dengan armada Ravn X, mereka boleh melancarkan sebuah satelit ke orbit bumi rendah setiap 90 minit. Sebanyak 70% komponen Ravn X boleh digunakan semula selepas pelancaran yang mengurangkan kos. Roket akan diletakkan pada bahagian bawah Ravn X sebelum dibawa ke ketinggian beberapa puluh ribu kaki sebelum dilancarkan. Ini ialah sistem yang sama seperti yang ditawarkan oleh Stratolaunch dan Virgin Galactic.

Walaupun dron baru sahaja diperlihatkan, Aevum berkata mereka telahpun memperoleh kontrak untuk melancarkan satelit ASLON-45 untuk pihak Angkatan Angkasa Lepas Amerika Syarikat.



Paling Popular