Hampir Kesemua Filem James Bond Kini Boleh Ditonton Di YouTube – Tetapi Belum Untuk Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 4, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple dan Netflix pernah berbincang untuk mendapatkan hak siaran filem James Bond terkini, No Time To Die. Apple dilaporkan menawarkan sehingga RM1.67 bilion untuk dapatkan hak siaran ini. Tetapi pihak MGM inginkan pembayaran mencapai sekitar ~RM3.34 bilion untuk hak setahun sahaja. Disebabkan permintaan yang terlampau tinggi, MGM membuat keputusan untuk tayangkan di pawagam sahaja.

Terkini, MGM telah menyiarkan hampir kesemua filem James Bond di YouTube. Terdapat 20 filem disenaraikan, daripada Dr. No tahun 1962 sehinggalah Die Another Day tahun 2022. Filem yang tidak disenaraikan adalah filem-filem James Bond lakonan Daniel Craig seperti Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall, dan Spectre.

  1. Dr. No (1962)
  2. From Russia with Love (1963)
  3. Goldfinger (1964)
  4. Thunderball (1965)
  5. You Only Live Twice (1967)
  6. On Her Majesty’s Secret Service (1969)
  7. Diamonds Are Forever (1971)
  8. Live and Let Die (1973)
  9. The Man with the Golden Gun (1974)
  10. The Spy Who Loved Me (1977)
  11. Moonraker (1979)
  12. For Your Eyes Only (1981)
  13. Octopussy (1983)
  14. A View to a Kill (1985)
  15. The Living Daylights (1987)
  16. Licence to Kill (1989)
  17. GoldenEye (1995)
  18. Tomorrow Never Dies (1997)
  19. The World Is Not Enough (1999)
  20. Die Another Day (2002)

Filem ini disiarkan melalui YouTube Movie, yang mana adalah dengan iklan. Walaupun anda melanggan YouTubhe Premium, iklan tetap akan ada. Anda perlu ingat, francais filem James Bond bernilai lebih $7 bilion. Jadi ada iklan sedikit tidak menjadi masalah.

Ini juga adalah kaedah lain untuk MGM menjana pendapatan, kerana selagi filem No Time To Die tidak ditayangkan mereka perlu membayar $1 juta setiap bulan. Filem ini dilihat ditawarkan di negara-negara tertentu sahaja, seperti Amerika Syarikat. Jika anda ingin tonton, gunakan akaun Google Amerika Syarikat atau VPN.

No Time To Die adalah filem terakhir lakonan Daniel Craig. Jika anda ingin tonton filem-filem James Bond lakonan beliau, boleh cari di platform pebstriman lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami