Apple Watch ialah jam tangan pintar nombor sagu dunia dengan lebih 11 juta dikeluarkan pada suku yang lalu oleh Apple. Selepas enam generasi pelbagai ciri ditambah tetapi sehingga kini masih tiada sokongan kamera rasmi diberikan. Bagi mereka yang penat menanti sokongan Apple yang tidak kunjung tiba, Wristcam memenuhi keperluan tersebut.

Wristcam ialah seutas tali jam Apple Watch yang dilengkapi dwi-kamera – 2 megapixel untuk swafoto dan 8 megapixel untuk kamra utama. Terdapat storan tambahan 8GB terbina pada tali jam yang sama. Menerusi aplikasi khas, Wristcam boleh mengambil gambar dan video terus dari Apple Watch. Pentriman langsung turut boleh dilakukan sekiranya Apple Watch dengan selular digunakan.

Dengan kemampuan kalis air sehingga 1 meter, ia boleh digunakan sebagai kamera aksi untuk melakukan aktiviti lasak. Bagi yang berminta, Wristcam dijual pada harga bermula $299 (~RM1214) seutas. Ini bukan kali pertama pihak ketiga menawarkan kamera pada tali jam, empat tahun lalu CMRA diumumkan dengan rekan yang sama tetapi jualannya telah dihentikan.