Realme X50 Pro 5G Mula Menerima Kemaskini Android 11

Diterbitkan pada Dis 5, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme X50 Pro 5G ialah antara peranti mercu tahun ini yang menggunakan cip Snapdragon 865. Sebagai peranti mercu yang berkuasa Realme, X50 Pro 5G akhirnya mula menerima kemas kini Android 11 serta pelancar Realme UI 2.0.

Pada waktu ini ia diberikan terlebih dahulu kepada pengguna di India dengan pengguna pasaran lain akan menerimanya secara berperingkat. Antara kemas kini yang diberikan ialah antaramuka yang boleh diubah mengikut keperluan pengguna seperti tiga jenis mod malam dan sokongan ikon pihak ketiga buat pertama kali. Mod permua yang mengurangkan gangguan ketika sesi permainan video juga disertakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami