Carian
Shopee Mart Kini Mempunyai Program Keahlian Khas – Menawarkan Diskaun Tambahan 10%
December 5, 2020 Aman

Pada minggu lepas, kita telah sedia melihat pihak Lazada hadir dengan penawaran keahlian khas berbayar yang menawarkan kod baucar tambahan melaluinya. Kini, selain Lazada, Shopee juga dilihat telah mula menawarkan sokongan keahlian, khusus untuk pembelian melalui Shopee Mart.

Untuk menyertai Shopee Mart ini, pengguna hanya perlu mengisi sedikit maklumat tambahan pada borang pendaftaran – seperti anggaran pendapatan, dan bilangan isi rumah. Tiada sebarang bayaran keahlian yang dikenakan, dan ianya adalah percuma.

Selesai sahaja melakukan pendaftaran, secara automatik anda akan melihat barangan dibawah Shopee Mart ditawarkan pada harga diskaun tambahan berbanding akaun pengguna biasa.

Shopee mengatakan ahli Shopee Mart ini akan menerima diskaun tambahan sebanyak 10%, tambahan baucar diskaun, dan juga baucar penghantaran percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh ke halaman khas Shopee hari ini, dan melakukan pendaftaran keahlian melaluinya.

Komen