Cari @ Amanz

Samsung pada awal tahun ini, telah berkongsi perancangan untuk hadir dengan kamera pada resolusi 600-megapixel pada masa akan datang. Salah satu sebabnya adalah kerana kemampuan mata manusia yang diperkatakan sekitar 500-megapixel, dan dengan sensor 600-megapixel, ia dijangka akan menawarkan rakaman seumpama dunia sebenar.

Pada awalnya, ia dikongsikan dalam bentuk kajian daripada Samsung, dan mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum dibangunkan. 

Terbaharu, hadir ketirisan dokumen baru ke arena web, memperlihatkan Samsung meneruskan perancangan untuk sensor kamera 600-megapixel melalui jenama ISOCELL mereka.

Apa pun, meningkatkannya pada masa kini adalah suatu yang agak mencabar. Terutamanya dari segi benjolan kamera pada peranti yang mungkin sebesar 22mm. Benjolan sebesar 8.3mm pada Galaxy Note 20 hari ini sedia agak besar, dan semestinya benjolan 22mm ini tidak masuk akal pada peranti mudah-alih hari ini.

Fail pembentangan tersebut juga memperlihatkan sensor ini akan memakan ruangan sebesar 12% pada peranti.

Apa pun, ia hanya berdasarkan kepada teknologi semasa sahaja. Sekiranya dinantikan beberapa tahun lagi, kita mungkin melihat ia menjadi lebih kompak lagi.

Pada awalnya, Samsung telah berkongsi berkenaan dengan sensor besar ini, yang mana lebih ditumpukan kepada penggunaan pada beberapa teknologi lain – termasuk sebagai sensor untuk kenderaan swapandu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd