Cari @ Amanz

ColorOS 11 adalah sistem operasi terkini daripada Oppo yang dibina berasaskan Android 11. Oppo melangkau ColorOS 8, 9 dan 10 agar versi ColorOS sama dengan versi Android. ColorOS 11 hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik, selain cuba mendekati dengan Android asli.

Terkini, selepas ujian beta diadakan pada bulan September lepas – Oppo akhirnya bersedia untuk mengedarkan kemaskini versi stabil kepada pengguna global Oppo Reno3 4G dan Oppo Reno3 Pro 4G. Kemaskini ini akan diedarkan bermula 12 Disember ini untuk pengguna Malaysia. Pengguna beta mungkin akan menerima kemaskini ini lebih awal, manakala pengguna biasa perlu nantikan kemaskini melalui OTA.

Bagi pengguna peranti Oppo yang lain, Oppo masih belum berkongsi tarikh spesifik lagi buat masa ini. Sama-sama kita nantikan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd