Carian
Amazfit Bip U Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM289
December 7, 2020 Amy Maizuraa

Amazfit sebelum ini sedia hadir dengan Amazfit Bip U yang boleh didapati pada harga RM249. Dalam usaha memberi lebih pilihan kepada peminat setia di Malaysia, mereka kini memperkenalkan Amazfit Bip U Pro pula. Ini merupakan versi Pro untuk Amazfit Bip U sebelum ini yang dilengkapi sokongan GPS terbina.

Bagi yang berminat, Amazfit Bip U Pro dijual pada harga RM289 untuk seunit. Hasil semakan kami menerusi laman laman rasmi Amazfit Malaysia Official Store di Lazada, ia bagaimanapun akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember 2020. Lebih menarik, Amazfit dilihat menawarkan harga promosi istimewa RM269 untuk setiap pembelian terawal pada tarikh pelancaran tersebut. Namun, promosi terhad sehari sahaja.

Untuk spesifikasi, ia mempunyai skrin bersaiz 1.43-inci TFT dengan resolusi 320 X 302 piksel. Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan, dilengkapi 60 mod sukan berbeza dan sistem penilaian PAI. Bateri yang disertakan adalah sebesar 225mAh dengan ketahanan sehingga 9 hari dengan penggunaan biasa. Spesifikasi lain termasuk ketahanan air 5ATM, GPS, NFC dan kawalan untuk kamera serta pemain muzik.

Komen