Imej Sebenar Samsung Galaxy S21+ Dan S21 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada Dis 8, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Samsung akan memasarkan Galaxy S21 lebih awal tahun hadapan kerana jualan siri Note20 yang dikatakan mengecewakan. Hari ini imej sebenar dua peranti dari siri Galaxy S21 telahpun tertiris menerusi video YouTube Sakitech.

Dua yang tertiris ialah Samsung Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Pada S21+, hanya tri kamera utama digunakan iaitu kombinasi lensa sudut lebar 12MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 64MP. Pada S21 Utra pula kuad-kamera digunakan dengan kombinasi lensa sudut lebar 108MP, ultra sudut lebar 12MP, satu lensa telefoto 10X, dan satu lagi lensa telefoto 3X. Ini ialah sistem kamera yang sama dengan yang ditemui pada P40 Pro+ dan Mate 40 Pro+ sebelum ini.

Imej sebenar yang tertiris telah mengesahkan rekaan bonggol kamera yang amat besar pada kedua-dua model khususnya S21 Ultra. Kemasan belakang pula jelas kelihatan hitam kusam yang diharap dapat mengurangkan masalah mudah kotor. Siri Galaxy S21 mungkin akan dilancarkan Januari hadapan dengan tiga model berbeza.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami