(Ura-Ura) Samsung Dijangka Mengumumkan Galaxy S21 Pada 14 Januari 2021

(Ura-Ura) Samsung Dijangka Mengumumkan Galaxy S21 Pada 14 Januari 2021

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Hampir setiap hari kita disajikan dengan maklumat tertiris berkaitan pewaris baharu Samsung yang seterusnya – Samsung Galaxy S21. Terdapat sekurang-kurangnya tiga model berbeza yang mungkin bakal diperkenalkan termasuk Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S21+, Samsung Galaxy S21 Ultra.

Samsung sebelum ini dikatakan mungkin bakal memperkenalkan model ini lebih awal daripada jangkaan kebiasaan. Laporan awal mendakwa ia berkemungkinan diumumkan pada 14 Januari 2021 kelak. Sesi pra-tempahan juga akan dibuka pada hari yang sama, manakala dua minggu kemudian iaitu sekita 29 Januari ia dijangka mula dijual.

Laporan turut mendedahkan pilihan warna yang bakal dibawakan peranti yang dilihat terdiri dengan warna Black, White, Grey, Silver, Violet dan Pink. Bagaimanapun, maklumat ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

Imbas kembali, jenama ini juga sebelum ini berjaya mencuri tumpuan ramai – selepas tersebarnya desas-desus mengatakan Samsung mungkin tidak menyertakan pengecas dan fon telinga di dalam kotak pembelian telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30). Sejauh mana kebenarannya? Kita nantikan.



Paling Popular