Rekaan Xiaomi Mi 11 Dan 11 Pro Tertiris

Rekaan Xiaomi Mi 11 Dan 11 Pro Tertiris

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 11 ialah peranti pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 888. Rekaan peranti mercu ini telahpun tertiris sebelum ini tetapi hari ini dua rekaan kerangka untuk Mi 11 dan Mi 11 Pro tertiris menunjukkan konfigurasi kamera yang cukup berbeza.

Pada Mi 11 rekaan bonggol kamera amat mirip yang ditemui pada iPhone 12. Sementara itu pada Mi 11 Pro pula, bonggol kamera yang digunakan mirip Galaxy Note20 Pro tetapi diputarkan 90 darjah. Saiz bonggol yang agak besar kelihatan. Sistem zum periskop dapat dilihat dengan jelas pada Mi 11 Pro.

Selain itu kapasiti bateri juga telah didedahkan selepas ia memasuki laman 3C. Mi 11 akan dilengkapi bateri sebesar 4780 mAh manakala Mi 11 Pro pula 4970 mAh. Penantian untuk peranti ini dilancarkan akan berakhir bulan ini tetapi tarikh sebenar masih belum diumumkan secara rasmi.



Paling Popular