Oppo Find X3 Pro Akan Hadir Dengan Kamera 50MP, NFC Dwi-Antena Dan Pengecasan Nirwayar Pantas 30W VOOC Air

Oppo Find X3 Pro Akan Hadir Dengan Kamera 50MP, NFC Dwi-Antena Dan Pengecasan Nirwayar Pantas 30W VOOC Air

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

Siri Oppo Find X2, tidak dinafikan adalah antara peranti mercu yang menarik pernah kami gunakan. Tahun hadapan, Oppo akan hadir dengan Oppo Find X3 pula, yang mana akan memfokuskan kepada sains warna pada kamera dan juga skrin peranti. Terkini, menurut Evan Blass peniris terkenal – Oppo Find X3 akan hadir pada suku pertama 2021 dan boleh dibeli pada suku kedua 2021. Peranti ini sudah semestinya akan dijana dengan cip Snapdragon 888 dan menyokong rangkaian 5G.

Kamera pula dikatakan adalah dwi-lensa 50MP untuk kamera utama dan sudut ultra lebar + 13MP untuk zum 2x + 3MP untuk makro. Fungsi zum dikatakan boleh mencapai sehingga 25x dengan cahaya yang mengitar keliling lensa yang dikatakan akan berfungsi seakan mikroskop.

Skrin dikatakan masih lagi melengkung dan akan hadir dengan dua pilihan warna, iaitu hitam atau biru. Peranti ini juga akan menggunakan teknologi skrin baharu yang boleh memaparkan warna 10-bit. Oppo Find X3 Pro dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci, resolusi 1440 x 3216 (~525ppi) dan sokongan skrin kadar segar semula adaptif.

Bateri dilaporkan adalah 4500mAh dwi-sel, menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0, pengecasan nirwayar pantas 30W VOOC Air, NFC dwi-antena yang boleh digunakan pada panel belakang atau bahagian skrin. Akhir sekali, ia akan terus hadir dengan ColorOS 11 berasaskan Android 11.


Paling Popular