Cari @ Amanz

China akan menjadi kuasa besar dunia kerana pelaburan yang banyak dalam arena sains serta teknologi. Kini mereka menjadi sebuah lagi negara yang mempunyai kemampuan komputer kuantum. Komputer kuatum Jiuzhang dilaporkan berjaya melakukan perkiraan yang mengambil masa 2.5 bilion tahun pada komputer konvensional dalam masa hanya 200 saat.

Dengan kejayaan ini, keagungan kuantum dicapai menjadikan China yang kedua berjaya melakukannya selepas Google Sycamore tahun lalu. Perkiraan persampelan boson (boson sampling) dilakukan untuk mengira pergerakan photon di dalam sistem yang mengandungi 100 input, 100 output, 300 pencabang cahaya dan 75 cermin. Sistem perlu mengira pergerakan photon di dalam sistem yang kompleks ini. Jiuzhang dilengkapi pemproses 53-qubit.

Komputer kuantum berbeza dengan komputer biasa kerana ia tidak menyimpan data dalam bentuk binari. Anda pasti tahun di dalam komputer biasa, unit asas memori ialah bit dalam bentuk sifar atau satu.

Komputer kuantum menggunakan unit asas qubit yang boleh mempunyai dua nilai binari (0, 1) . Dua qubit memberikan empat nilai (00, 01, 10, 11) manakala tiga qubit mempunyai lapan nilai (000, 001, 010, 100, 011, 110, 101, 111). Peningkatan secara eksponen Ini membolehkan ia melakukan lebih banyak perkiraan serentak berbanding komputer biasa.

Tahun lalu China menjadi negara dengan jumlah adikomputer tertinggi di dunia salah satunya adalah yang keempat terpantas di dunia. Bagi mengekang perkembangan teknologi China, Amerika Syarikat mula menghalang penjualan komponen ke negara tersebut atas alasan tidak mahu ia digunakan untuk tujuan ketenteraan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd