Carian
Realme Malaysia Mengacah Pengenalan Telefon 5G – Realme 7 5G?
December 8, 2020 Aman

Realme Malaysia hari ini berkongsi sebuah gambar acah melalui laman sosial, memperlihatkan mereka akan menawarkan sebuah telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pihak Realme tidak berkongsi nama peranti berkenaan, tetapi melalui gambar yang diperlihatkan, ia seumpama Realme 7 5G yang terbaru. Telefon ini dilengkapi skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain dijana cip MediaTek Dimensity 800U, serta bateri 5000mAh.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan oleh pihak Realme Malaysia berkenaan dengan pelancaran peranti ini. Memandangkan gambar acah untuknya telah dikeluarkan, maka kita mungkin akan melihatnya dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Komen