Carian
Google Photos Kini Mencapai Lebih 5 Bilion Muat Turun
December 8, 2020 Fahim Zahar

Google mempunyai sejumlah perkhidmatan dengan jumlah pengguna berbilion orang, termasuk antaranya adalah YouTube, GMail, Google Maps, Chrome, dan beberapa yang lain. Tahun lepas, Google Photos photos akhirnya mencapai 1 bilion pengguna aktif dan menerima jumlah muat turun di Play Store sebanyak 1 bilion pada 2017.

Google Photos telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, yang mana hadir dengan banyak fungsi dan ciri menarik seperti membuat sandaran serta pelbagai pilihan suntingan. Walaupun beberapa fungsi suntingan terhad kepada pengguna Google One dan sandaran storan percuma akan tamat, ramai masih setia dengan perkhidmatan ini.

Terkini, jumlah muat turun Google Photos di Play Store telah mencabai sebanyak lebih 5 bilion. Tidak dinafikan yang salah satu sumber sumbangan jumlah muat turun ini adalah dari aplikasi yang sedia terpasang dalam banyak peranti Android.

Adakah anda menggunakan Google Photos? Sekiranya tidak, apakah perkhidmatan alternatif seumpamanya yang diminati anda?

Komen