Cari @ Amanz

Google Pixel 2 adalah peranti mercu Google yang pada hemat saya paling popular. Ini kerana, peranti inilah yang memulakan sokongan mod potret melalui perisian sahaja dan tidak memerlukan lensa telefoto atau lensa tambahan lain. Peranti ini ketika dilancarkan hadir dalam dua model, iaitu Pixel 2 dan Pixel 2 XL. Hari ini, Pixel 2 sudah berusia lebih tiga tahun.

Jika sudah tiga tahun, ini bermakna peranti ini sudah “tamat tempoh”. Google menjanjikan yang peranti Pixel akan menerima tiga tahun kemaskini. Ketika dilancarkan, peranti ini antara yang terawal hadir dengan Android 8.0 Oreo. Google turut mengedarkan kemaskini Android 11 untuk peranti ini, menjadikan Pixel 2 menerima 3 generasi kemaskini. Baru-baru ini, kemaskini tampalan sekuriti Disember 2020 baru sahaja diedarkan.

Kemaskini ini adalah kemaskini terakhir bagi Pixel 2 dan secara rasminya, sokongan peranti ini telah tamat. Jika anda perasan, Pixel Feature Drop yang baru sahaja diedarkan baru-baru ini – Pixel 2 tidak tersenarai dan hanya Pixel 3 sahaja disenaraikan.

Adakah anda masih menggunakan Pixel 2? Jika ya, adakah ini peranti Pixel kegemaran anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd