myNEWS merupakan salah satu kedai serbaneka yang popular dan terdapat di sejumlah lokasi seluruh negara. Selari dengan perkembangan dunia digital, myNEWS sedia memperkenalkan aplikasi rasmi dengan sokongan transaksi nirtunai, selain kiosk layan diri mereka.

Dan menariknya, bersempena dengan jualan 12.12, kini myNEWS dilihat menawarkan baucar RM10 pada harga RM5 sahaja. Bagi anda yang sering berbelanja di myNEWS, promosi ini mungkin sesuai untuk anda, dan anda boleh lebih berjimat ketika berbelanja di kedai serbaneka berkenaan.
Promosi ini bakal diaktifkan pada 12.12 ini, bagi anda yang berminat, pastikan anda membaca terlebih dahulu terma penggunaan baucar sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
- Info
- Beli : Baucar RM10 myNEWS