Cari @ Amanz

Maklumat mengenai Samsung Galaxy S21 mula tertiris satu demi satu. Bermula dengan lukisan CAD, semalam pula imej sebenar peranti tertiris. Hari ini giliran video acah ketiga-tiga S21, S21+ dan S21 Ultra pula muncul ke arena web.

Ketiga-tiga video ditiriskan oleh @MaxWinebach mengesahkan rekaan yang tertiris sebelum ini. Bonggol kamera yang besar diletakkan pada bucu atas kiri kesemua peranti dengan S21 Ultra mempunyai bonggol terbesar kerana sistem kuad-kamera. Berita baik yang dapat dilihat ialah bonggolnya besar tetapi tidak setinggi tahun lalu.

Setakat ini yang diketahui ialah sensor 108-megapixel akan dikekalkan pada model Ultra dengan penambahan satu lagi lensa telefoto seperti P40 Pro+. Model lain sekadar dilengkapi tri-kamera utama. Siri Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada bulan Januari dan bukannya Februari seperti tahun-tahun sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd