Cari @ Amanz

OnePlus selalu berkata jangan setel dengan kemampuan peranti yang ingin anda miliki. Tetapi satu ciri yang mereka berikan secara tidak konsisten ialah kemampuan kalis air IP68. Sudah diketahui tiga model OnePlus 9 akan dilancarkan kelak dan kini hanya satu daripadanya disahkan kalis air serta debu.

Menurut peniris maklumat MaxJMB, hanya OnePlus 9 Pro akan mempunyai piawaian rasmi IP68. Ini membolehkan ia berfungsi walaupun selepas direndam selama 30 minit sehingga kedalaman 1.5 meter serta kalis debu. Walaupun OnePlus 9 dan 9E tidak akan menjalani proses piawaian yang sama, ia mungkin mempunyai kemampuan kalis air tidak rasmi seperti model-model terdahulu.

Antara sebab yang diberikan OnePlus ialah untuk mengurangkan kos kerana proses ujian yang perlu dilakukan. Tetapi dengan harga peranti mereka tidak lagi serendah dahulu, alasan pengurangan kos pada model Pro pastinya tidak lagi boleh digunapakai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd