OnePlus 9E Juga Mungkin Akan Diperkenalkan

OnePlus 9E Juga Mungkin Akan Diperkenalkan

Diterbitkan pada Dis 1, 2020 oleh .

Susulan tularnya desas-desus yang mengatakan Oneplus bakal mengikuti jejak langkah Samsung – untuk mempercepatkan pelancaran OnePlus 9. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja maklumat tertiris berkaitan peranti yang dikongsi di media sosial.

Sebelum ini, hanya dua model sahaja yang hangat diperkatakan umum iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Namun kini, muncul pula desas-desus baharu mengatakan akan terdapat satu lagi model yang turut dilancarkan bersama. Biarpun belum ada kepastian, ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai OnePlus 9E kelak.

Tiada maklumat lanjut berkaitan spesifikasi peranti yang diketahui buat masa ini. Namun mengikut spekulasi, ramai menyasarkan peranti ini berkemungkinan menjadi versi paling asas dan lebih mampu milik dalam siri ini – sama seperti Samsung Galaxy S10e sebelum ini yang memberikan nilai baik pada harga berpatutan.

Bagaimanapun, perlu diingatkan maklumat dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Tapi jika ianya benar, ia seakan-akan membenarkan dakwaan sebelum ini yang mengatakan terdapat tiga model peranti OnePlus 9 akan diperkenalkan pada tahun hadapan.



Paling Popular