Google Akan Menamatkan Sokongan IE11 Untuk Sejumlah Aplikasi – Termasuk GMail

Google Akan Menamatkan Sokongan IE11 Untuk Sejumlah Aplikasi – Termasuk GMail

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan pelayar web Internet Explorer 11 untuk aplikasi Google Workspace pada 15 Mac 2021 kelak.

Terdapat sejumlah aplikasi dibawah penawaran Google Workspace, termasuk antaranya adalah GMail, Google Calendar, Google Drive, Google Docs dan juga Google Meet.

Pengumuman Google ini selari dengan langkah Microsoft menamatkan sokongan untuk pelayar web legasi berkenaan. Malah, sebelum ini Microsoft telah menamatkan sokongan Microsoft Teams untuk pengguna IE11.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Internet Explorer 11, mungkin sudah tiba masanya untuk menaik-taraf pelayar web anda ke pelayar web moden seperti Chrome, Edge dan sebagainya.



Paling Popular