Cari @ Amanz

Apple AirPods Max baru sahaja dilancarkan dengan tanda harga RM2,399. Ia merupakan fon kepala pertama dibawah jenama Apple dan dikatakan hadir dengan sejumlah ciri menarik yang menjanjikan kualiti audio cukup baik.

Terkini, Apple Malayia menerusi laman rasmi mereka dilihat mula menawarkan alat ganti untuk fon kepala ini. Seperti yang dapat dilihat, pad telinga untuk AirPods Max dijual pada harga RM349 sepasang. Melaluinya, kita juga boleh lihat ianya hadir dalam lima pilihan warna seperti Silver, Black, Green, Sky Blue dan Red.

Buat masa ini, Apple bagaimanapun dilihat sekadar menyenaraikannya sebagai akan sahaja tanpa berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh jualan. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia akan mula ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd