Cari @ Amanz

Samsung mempunyai ekosistem peranti berhubung tersendiri, yang mana kebanyakan produk-produk ini adalah dari Samsung sendiri. Ekosistem ini dinamakan sebagai WWST, iaitu Work With SmartThings. Ia adalah alternatif kepada Google Home, Apple HomeKit, Amazon Alexa, Xiaomi Mi Home dan banyak lagi.

Tahun 2021 akan menjadi peranti berhubung mula tular dan mungkin digunakan orang ramai. Melalui projek Project Connected Home Over IP atau PCHOIP – ia akan menjadi satu piawaian baru untuk semua jenama bergabung untuk menyokong integrasi antara satu sama lain. Samsung baru-baru ini telah mengumumkan yang produk-produk WWST mereka akan diintegrasikan dengan Google Assistant.

Ini bermakna, produk-produk Nest boleh digunakan dengan SmartThings dan sebaliknya. Ini bermakna, kelak pengguna boleh menggunakan Nest Mini misal kata dan menyeru Google Assistant untuk memainkan filem dari Netflix ke Samsung TV dan tidak lagi terhad kepada Android TV. Begitu juga dengan produk-produk lain seperti lampu pintar, peti ais pintar, penghawa dingin dan banyak lagi.

Ini juga selari dengan laporan yang Samsung mungkin di masa hadapan tidak lagi menyertakan Bixby di dalam peranti mereka untuk pengalaman penggunaan peranti Android yang lebih mendekati ekosistem Google. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd