Carian
Pengguna Kini Boleh Menggunakan Gambar Sendiri Pada Senarai Main Aplikasi Spotify
December 9, 2020 Fahim Zahar

Awal bulan ini, Spotify mula ,mengedarkan kemaskini kepada peranti Android yang membenarkan pengguna menyunting senarai main. Pengguna dibenarkan menggunakan gambar sendiri sebagai imej kenit dan menambah butiran pada judul senarai main.

Terkini, Spotify telah mengumumkan fungsi ini secara rasmi. Ia juga tidak lagi terhad kepada pengguna Android dan kemaskini ini turut dibawakan kepada pengguna iOS. Fungsi ini terhad pada aplikasi desktop sebelum ini. Ia kini diberikan kepada aplikasi telefon pintar, agar pengguna lebih mudah dan bebas menghasilkan senarai main yang padan dengan jiwa.

  1. Navigate to the playlist you’ve created.
  2. Select the three dots that bring up the menu.
  3. Tap “edit.”
  4. Tap “change image” to choose a new image, then scroll through your phone library to select the right one—or take a new photo.
  5. Change up the title if you’d like, then write in a description underneath and tap “done!”

Pengguna juga boleh menghasilkan senarai main yang bercampur antara lagu dan podcast dan kemudian ia boleh terus dikongsi kepada pengguna lain untuk mendengar bersama atau beramai-ramai atau juga sebagai hadiah kepada kekasih alternatif kepada pita audio zaman dahulu.

Komen