Apple dan Google Akan Mengharamkan Aplikasi Yang Menggunakan Penjejak X-Mode – X-Mode Pernah Dilaporkan Menjual Data MuslimPro

Apple dan Google Akan Mengharamkan Aplikasi Yang Menggunakan Penjejak X-Mode – X-Mode Pernah Dilaporkan Menjual Data MuslimPro

Diterbitkan pada Dis 10, 2020 oleh .

Apple dan Google kini mengumumkan akan mengambil langkah untuk mengharamkan aplikasi yang menyertakan penjejak lokasi dari X-Mode.

Bagi yang tidak mengenali akan X-Mode, ia merupakan perkhidmatan yang menawarkan SDK (Software Development Kits) untuk menyertakan penjejak lokasi pada aplikasi yang diterbitkan. Sebelum ini, nama X-Mode disebut mengatakan mereka menjual data daripada aplikasi yang menggunakan SDK mereka kepada agensi kerajaan. Antara aplikasi yang dilihat pernah menyertakan penjejak X-Mode adalah termasuk MuslimPro.

Pada bulan November lepas, ia telah dilaporkan X-Mode telah menual data daripada beberapa aplikasi, termasuk Muslim Pro. Sejak daripadanya, pihak Muslim Pro mengatakan telah menamatkan kerjasama dengan pihak X-Mode.

Kini, Google dan Apple dilihat inginkan semua penerbit aplikasi tidak menyertakan penjejak daripada X-Mode, memandangkan mereka menjual data kepada kontraktor berkaitan ketenteraan Amerika Syarikat.

Google dikatakan memberikan 7 hari untuk pembangun membuang penjejak X-Mode dari aplikasi, sementara Apple pula memberikan masa sekitar dua minggu. Google turut mengatakan aplikasi yang tidak mengikut perubahan baru ini, akan diharamkan dari kedai aplikasi mereka, sementara Apple kini telah mula lebih menekankan berkaitan privasi melalui App Store.


Paling Popular