Carian
Netflix 2020 : Pengguna Malaysia Tonton Anime Dan Dokumentari Dua Kali Lagi Banyak Berbanding 2019
December 10, 2020 Aman

Netflix hari ini telah berkongsi beberapa perkembangan berkenaan penggunaan perkhidmatan penstriman mereka di rantau Asia, termasuk di Malaysia.

Menurut Netflix, pada tahun 2020, ia menyaksikan pengguna Malaysia lebih banyak menonton dokumentari dan anime – memperlihatkan tontonan dua kali lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan tahun 2019 lepas.

Antara dokumentari popular pada tahun 2020 di Netflix adalah termasuk Tiger King : Murder dan juga Blackpink : Light Up The Sky. Sementara anime yang popular adalah termasuk Pokemon : Mewtwo Strikes Back – Evolution.

Di samping itu, menurut Netflix, drama It’s Okay Not To Be Okay telah kekal di  tangga 10 teratas tontonan Netflix Malaysia selama lebih 100 hari.

Cerita aksi juga turut menjadi fokus ramai melalui platform berkenaan, dan antara yang popular di Malaysia adalah Extraction, Project Power, dan juga Spenser Confidential.

Dari segi cerita seram pula, filem Korea #Alive dan juga Kingdom dilihat menjadi pilihan pengguna di platform berkenaan.

Menariknya, pada tahun 2020 ini juga menyaksikan Netflix memperkenalkan sokongan antaramuka dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan pengguna mengetahui sinopsis, selain menonton rancangan bersama sarikata bahasa Melayu.

Bagi anda sendiri, apakah yang paling anda gemari di Netflix pada 2020 ini?

Komen