Samsung Melancarkan TV MicroLED Sebesar 110-inci

Samsung Melancarkan TV MicroLED Sebesar 110-inci

Diterbitkan pada Dis 10, 2020 oleh .

Samsung akhirnya melancarkan produk MicroLED pertama mereka hari ini dalam bentuk televisyen pintar. Dari nama yang digunakan, Samsung 100″ MicroLED dilengkapi skrin sebesar 110-inci dengan resolusi 4K. Dengan teknologi MicroLED, setiap 8 juta pixel pada permukaan skrin boleh dikawal dan dinyalakan satu persatu.

Hasilnya ialah ia boleh memaparkan 100% warna DCI dan Adobe RGB. Menurut Samsung apabila digabungkan dengan cip Micro AI Processor, imej yang kelihatan lebih hidup, terang dan realistik dapat dinikmati oleh penonton. Seperti kesemua televisyen pintar terkini mereka, 100″ MicroLED mempunyai bezel yang nipis. Sehingga 99.99% permukaan hadapan televisyen adalah skrin.

Skrin mantap dipadankan pula dengan sistem audio Majestic Sound System yang menyokong audio 5.1 dan Obejct Tracking Sound Pro. Menerusinya audio yang baik boleh dinikmati tanpa perlu menggunakan speaker tambahan. Pratempahan untuk Samsung 100″ MicroLED telah dibuka di Korea Selatan dengan jualan global pula pada tahun 2021.

Baca artikel Apakah Perbezaan Panel OLED, QLED, microLED dan mini-LED?


Paling Popular