(Dikemaskini) Astro Tidak Lagi Menawarkan Kandungan Disney XD – Pelancaran Disney+ Semakin Hampir?

(Dikemaskini) Astro Tidak Lagi Menawarkan Kandungan Disney XD – Pelancaran Disney+ Semakin Hampir?

Diterbitkan pada Dis 11, 2020 oleh .

Dikemaskini : Ia telah dimaklumkan kepada kami yang mana hanya saluran Disney XD sahaja tidak akan diteruskan, dan bukannya Disney Channel dan Disney Junior. Perubahan berkaitan Disney XD ini adalah untuk rantau Asia Tenggara ini, dan bukan di Malaysia sahaja.


Pasti ramai di kalangan pembaca Amanz yang menantikan pelancaran Disney+ di Malaysia. Kemungkinan ini berlaku semakin hampir selepas Lowyat.net melaporkan Astro tidak akan lagi menawarkan saluran Disney XD bermula 1 Januari 2021.

Kids Pack yang ditawarkan oleh Astro kini tidak lagi mengandungi Disney XD, Disney Channel HD dan Disney Junior HD. Sebelum ini beberapa negara lain, penarikan saluran mereka dari perkhidmatan kabel tempatan dilakukan sejurus sebelum Disney+ dilancarkan. Tambah menarik menurut Lowyat, penarikan saluran milik Disney juga berlaku di ke seluruh rantau Asia Tenggara dan bukan terhad kepada Astro.

Setakat ini Disney+ hanya boleh diakses pengguna Indonesia selepas ia ia dilancarkan Ogos lalu. Pelantikan Ahmad Izham Omar sebagai ketua kandungan Asia Tenggara hanya beberapa minggu lalu adalah antara petanda Disney+ akan dilancarkan. Sebagai antara insan yang menanti perkhidmatan ini, kami tidak dapat bersabar lagi.



Paling Popular