Cari @ Amanz

Disney+ telah mengumumkan ia kini mempunyai 86.8 juta pelanggan berbayar di acara Investor Day pagi tadi. Ini adalah peningkatan berbanding 73 juta langganan pada akhir September lalu. Secara keseluruhan platform penstriman milik Disney iaitu Disney+, Hulu dan ESPN+ kini mempunyai 137 juta pelanggan berbayar.

Dengan pengumuman hari ini Disney+ semakin hampir mencapai sasaran 90 juta pelanggan menjelang 2024. Malahan tidak mengejutkan jika ia dicapai lebih awal dengan petanda ia akan dilancarkan di rantau Asia Tenggara tahun hadapan. Di Malaysia misalnya Astro tidak akan lagi menawarkan saluran Disney bermula 1 Januaru 2021.

Hampir kesemua perkhidmatan berjaya mencatatkan peningkatan di luar jangkaan. Satu-satunya perkhidmatan yang gagal ialah Quibi yang hanya mempunyai 45,000 pelanggan tahun ini sebelum akan menggulung tikar pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd